CInta itu boleh dibeli dengan matawang

Ramai yang fikirkan cinta itu boleh dibeli dengan matawang. Apa lagi alasan bagi mereka yang pilih calon suami kaya? Kalau terasa hati, mudah nak pujuk, bagi sahaja hadiah bernilai lebih $5,000.

Perkara tersebut mungkin difikirkan Lamar Odom, semasa beliau belikan isteri Khloe Kardashian hadiah ulang tahun perkahwinan yang melebihi $100,000.

Perkahwinan Khloe dan Lamar dianggap bermasalah semenjak Lamar alami masalah dadah dan ditangkap menduakan Khloe dengan wanita lain.

Adakah anda rasa tindakan ini cukup sebagai tanda minta maaf? Kalau saya Khloe, sudah tentu bagi sebuah pulau pun tidak cukup selepas melihat suami sendiri bermain kayu tiga.

Comments

Popular Posts