Melupakan sesuatu hal

Kau faham maksud move on? Bukanlah sepenuhnya melupakan. Kita tak boleh semudahnya lupakan memori dan kenangan yang pernah dilalui bersama seseorang. Cuma kita, cuma kita mampu memujuk hati untuk melepaskan dia dengan rela.

Dalam kata mudahnya, kau masih ingat pada dia tapi dalam hati sudah tidak rasa apa.

You love that person, tetapi kerana terlalu banyak tersakiti akhirnya perlu juga kau yang berjalan pergi meninggalkan dia.

You love that person, tapi dia yang berjalan pergi meninggalkan kau bersendiri.

Kau hanya perlu tabah dan bersabar untuk lalui hari-hari perit yang sementara itu. Ambil pengajaran, kutip kembali sisa hati yang sudah bercerai berai itu. Sambungkan semula dan rawatlah ia.

Comments

Popular Posts